Hari ini kita akan bercerita berkenaan RUMAH..........
Sebelum kita bergerak lebih jauh, adalah lebih elok sekiranya kita mengenali Apakah yang dimaksudkan dengan RUMAH.??
Rumah merupakan tempat yang mana dibawahnya tempat kita berlindung dari panas terik, hujan, binatang buas dan sebagainya. Ingatkah lagi anda akan metapelajaran kemahiran hidup bersepadu ketika di tingkatan 1-3?. Dalam buku tersebut ada menyebut tentang keperluan dan kehendak yang berkisar tentang kehidupan manusia. Keperluan merupakan sesuatu tuntutan semulajadi bagi setiap manusia yang hidup dimuka bumi ini untuk tujuan meneruskan hidup. Misalnya seperti rumah. Semua manusia perlukan perlindungan bukan. Namun, keperluan ini boleh dihiasi dengan kehendak manusia yang mana disini seperti yang kita lihat manusia pada masa kini berkeinginan untuk hidup dalam keadaan selesa disulami keindahan dan kemewahan. Oleh itu, tidak hairanlah pada masa kini kita dapat melihat bahawa kebanyakan manusia terutamanya remaja yang baru mendapatkan kerja, berkehendak untuk memiliki sebuah rumah yang selesa walaupun mereka tahu bahawa harga sebuah rumah itu melebihi dari kemampuan yang mereka ada. Itulah dia lumrah manusia yang perlu kepada sebuah keselesaan hidup.
wah, betapa cantiknya rumah diatas walaupun ianya kelihatan agak simple. Namun mungkin sesuai untuk graduan mahasiswa atau kalangan penjawat awam yang baru beberapa tahun berkhidmat.
Saya merupakan seorang mahasiswa di UKM, mengambil course Pengajian Arab dan Tamadun Islam di Fakulti Pengajian Islam. Semestinya apabila saya sudah tamat belajar nanti, saya berkeinginan untuk memiliki sebuah rumah sendiri dan boleh mengajak kedua ibu bapa saya tinggal bersama saya. Namun, persoalannya disini...Adakah saya mampu ataupun tidak untuk memiliki sebuah rumah hasil dari titik peluh saya sendiri dengan didaftarkan atas nama saya...??
jika saya memilih untuk tinggal di rumah sewa, sudah tentu hal itu akan dibangkang 100% oleh ke dua orang tua saya. Oleh demikian, sementara menunggu ekonomi saya stabil saya berhasrat untuk tinggal dan duduk bersama keluarga saya terlebih dahulu. Ini tidak bermakna saya tidak mempunyai cita- cita untuk memiliki sebuah rumah. saya sendiri ada keinginan untuk memiliki sebuah rumah yang berbentuk tradisional yang mana dibina dengan menggunakan kayu.
berikut merupakan contoh rumah yang saya inginkan sesuai dengan keadaan tempat tinggal saya di tepi pantai dan kawasan perkampungan
Setakat ini biarlah gambar sahaja berbicara....insyaAllah suatu hari nanti saya berharap ianya akan menjadi kenyataan.
jika diberi peluang dan rezeki untuk memiliki sebuah rumah, sudah tentu saya lebih memilih untuk membeli rumah bertanah yang mana ianya kelihatan lebih selesa dan nyaman untuk seisi keluarga dan berkemungkinan kawasan rumah juga agak lebih luas berbanding membeli rumah bertingkat seperti kondominium, flat dan sebagainya. bak kata adik sepupu saya hidup di rumah flat adalah seperti dalam penjara...haha...saya tidak bermaksud untuk memandang remeh dan rendah terhadap orang yang ingin memilih rumah bertingkat..terserah kepada citarasa masing- masing untuk memilih. Kita sebagai pengguna diberikan hak untuk memilih yang mana baik untuk kita dan keluarga.
sekian itu sahaja sedikit sebanyak dari saya............
No comments:
Post a Comment