Friday 4 March 2016

SCENARIO PASARAN HARTANAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Saya ingin berkongsi tentang sedikit sebanyak apa yang saya perolehi dari kelas kuliah pertama di bangunan FKAB untuk subjek Rumah dan Anda...

Ternyata tidak sia- sia mengambil kos ini.

kuliah pertama: membincangkan perihal SCENARIO PASARAN HARTANAH.

sebelum ini, langsung tidak terlintas di fikiran saya untuk membeli serta memiliki sebuah rumah setelah bergelar graduan. Hanya terlintas difikiran ialah hasrat untuk memiliki sebuah kenderaan. NAMUN, setelah menghadiri kelas rumah dan anda pada 3 MAC 2016, fikiran saya terus berubah....





tengoklah isu rumah yang semakin hangat diperkatakan.

Jika anda perasan, dalam surat khabar diatas terdapat kenyataan yang tertulis bahawa PADA TAHUN 2020, KENA ADA PENDAPATAN RM12,000 SEBULAN BARU BOLEH BELI RUMAH. Lalu disini, terfikir sejenak bagaimanakah nasib kita wahai generasi muda kini?? mampukah kita memiliki sebuah rumah pada masa akan datang?? 


Berikut adalah purata harga rumah sekitar tahun 2000- 2014

 Berdasarkan purata tersebut, harga rumah tidak pernah turun sejak tahun 2000 lagi dan terus meningkat sehingga kini. sekarang, kita sudah berada di tahun 2016, tentu sekali harga rumah semakin meningkat iaitu harga rumah mencecah kepada RM500K keatas....


berikut antara contoh harga rumah pada tahun 2011

fokus di sekitar Kuala Lumpur, disini kita boleh lihat bahawa pada tahun  2011 sahaja, harga rumah teres sudah mencecah RM500K, manakala semi D RM1,400,000. Seterusnya harga rumah akan terus menaik tanpa turun pada tahun berikutnya. Difahamkan bahawa harga rumah akan menaik setiap tempoh 3 bulan berikutnya.

Oleh demikian, kita perlulah ada perancangan dari awal. ini kerana, jika kita bertangguh, tengok dan lihat sahaja, sampai bila- bila kita tidak akan mampu memiliki sebuah rumah. oleh itu, antara cadangan yang di jelaskan dalam kelas tersebut bagi membantu anak muda kini ialah, 

1. Kumpul duit dari awal.

Bagaimana nak kumpul duit, saya baru sahaja berkerja? gaji pun dalam RM 2500, nak bayar PTPTN, sewa rumah, dan dll.

Jawapannya: Dengan memiliki Gaji RM 2500 kita berkemungkinan layak untuk memiliki sebuah rumah, namun dengan syarat perlulah banyak mengumpul dan berjimat. untuk membeli rumah kita kena berkorban lebih sikit. Misalnya,  (jangan membeli kenderaan terlebih dahulu), save duit untuk miliki rumah dulu.

2. Jika anda mempunyai wang simpanan lebih, anda boleh membuat deposit rumah terlebih dahulu sebanyak 10% - 15%. jika rumah tersebut sudah diluluskan, anda sewakan terlebih dahulu rumah tersebut kepeda insan yang memerlukan. Sewakan mengikut harga yang berpatutan. Hasil wang sewaan tersebut boleh menampung kos bayaran bulanan rumah tersebut. Seterusnya, apabila sampai satu tahap, jika anda bercadang ingin memiliki rumah yang lebih selesa, anda boleh membuat pilihan sama ada mahu menjual rumah tersebut mengikut harga semasa atau teruskan sewakan tapi harga sewaan itu di naikkan. Hasil jualan rumah tersebut, anda boleh gunakan untuk membeli sebuah rumah yang lebih selesa. Perlu diketahui disini bahawa harga rumah semakin hari semakin meningkat (mahal). Oleh demikian, pilihlah mana yang terbaik untuk anda dan seisi keluarga.


No comments:

Post a Comment