PR1MA, SPNB, RUMAH SELANGORKU
Dalam kepesatan ekonomi kini, masyarakat malaysia
khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana sukar untuk memiliki kediaman
sendiri. Apatah lagi golongan muda yang ingin berumahtangga dan kehendak yang
sering mendesak kearah kehidupan yang lebih selesa. Oleh itu, kerajaan
mewujudkan beberapa syarikat hartanah yang menawarkan harga rumah yang
berpatutan sesuai untuk golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Antara syarikat tersebut adalah PRIMA, SPNB, dan Rumah selangorku.
Walau telah banyak peruntukkan yang disediakan oleh
kerajaan Malaysia, ramai rakyat malaysia yang masih tidak mengetahui akan
kewujudan beberapa syarikat hartanah yang berkerja di bawah kerajaan Malaysia.
misalnya SPNB, Rumah selangorku, dan PR1MA. SPNB merupakan syarikat hartanah
yang terletak dibawah bidang kerja kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 21
Ogos 1997. Tujuannya adaah sama dengan syarikat hartanah lainnya yang
berkhidmat dibawah kerajaan iaitu untuk memberikan perkhidmatan kediaman
berkualiti dan bertaraf mampu milik kepada seluruh rakyat Malaysia berdasarkan
dua program iaitu program rumah mampu
milik (RMM) yang mana pihak kerajaan menawarkan harga yang bermula serendah
RM35,000 dan terdapat 3 jenis rumah yang ditawarkan iaitu rumah bertaraf kos
sederhana, kos sederhana rendah dan rumah bertaraf kos rendah. Setiap jenis
rumah memiliki kelebihahannya tersendiri terutama dari segi keluasan lantai
rumah. Seterusnya program kedua adalah rumah mesra rakyat RMR. Jika ingin
memohon rumah mesra rakyat, pemohon perlulah memiliki tanah sendiri untuk
projek ini dijalankan.
Gambar 1: Menunjukkan Projek Rumah Mampu
Milik (RMM)
Gambar
2: menunjukkan projek rumah mesra rakyat yang telah siap dibina.
Rumah selangorku merupakan projek yang dijalankan oleh Kerajaan
Negeri Selangor yang mengutamakan misi untuk merealisasikan matlamat “Satu
Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna”. Rumah Selangor adalah untuk memastikan
semua rakyat Selangor mendapatkan kediaman yang selesa, dan selamat untuk
didiami. Kerajaan negeri Selangor juga menyediakan rumah yang mampu milik untuk
penduduknya yang memberikan keselesaan sama ada dari bentuk saiz, reka bentuk
mahupun komunitinya. Terdapat jenis rumah mampu milik yang ditawarkan iaitu
jenis A,B,C,D yang mana harga, saiz, reka bentuknya adalah berlainan mengikut
kemampuan pelanggan.
Terkini adalah PR1MA iaitu Projek Perumahan 1 Malaysia yang
menawarkan harga 20% lebih murah berbanding harga rumah di pasaran. Sasaran
utama projek ini dijalankan adalah tertumpu kepada golongan yang berpendapatan
RM 2,500- RM 10,000. Kawasan pembinaan yang dipilih oleh pemaju amatlah
bersesuaian dengan kehendak pengguna yang mana disekitar perumahan itu telah
disediakan pelbagai kemudahan untuk aktiviti kanak-kanak seperti pusat
rekreasi, pusat pendidikan sehinggalah golongan
warga emas. Selain itu, PRIMA juga menawarkan pakej pembiayaan untuk memiliki
kediaman PR1MA dengan mudah. Antaranya ialah:-
|
SKIM RENT-TO-OWN: Skim ini
adalah Skim sewa milik kediaman selama 10 tahun bagi pemohon yang berjaya dalam
pengundian untuk kediaman PR1MA tetapi gagal mendapatkan kelulusan pinjaman
daripada bank penal PR1MA. Terdapat 2 jenis Skim Rent-To-Own untuk dipilih
pemohon: PR1MA basic RTO atau PR1MaA Zero RTO
|
KRITERIA
YANG PERLU ADA UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI AHLI PR1MA:
ü Mestilah warganegara Malaysia
ü Pendapatan isi rumah
individu atau keluarga (suami & isteri) antara RM 2,500-RM10,00
ü Bujang atau berkahwin
serta Umur 21 Tahun keatas
ü Tidak memiliki lebih dari
1 Hartanah sama ada anda atau pasangan anda, jika ada
Gambar 6: Contoh gambar dalam rumah PR1MA
rujukan:
No comments:
Post a Comment