Monday 20 June 2016

CIS7 2014


CIS7 2014 ( CONSTRUCTION INDUSTRY STANDARD)

Ia merupakan nama pendek bagi “Construction Industry Standard” atau dalam bahasa melayu Standard Industri Pembinaan. Sebuah system penilaian kualiti hasil kerja binaan bangunan yang diperkenalkan oleh CIDB yang memastikan projek dibina menepati standard kualiti pembangunan seperti yang digariskan dalam dokumen CIS 7: 2014. Selain itu, ianya juga boleh dibahagikan kepada lima Annexes iaitu A, B, C, D dan E.   Setiap bahagian mempunyai kepentingannya tersendiri.

Pertama ialah Annexes A merujuk kepada struktur konkrit bertelulang, kerja-kerja keluli struktur dan konkrit prategasan atau dengan kata lain Annexes A merujuk kepada kualiti mengenai keadaan bngunan dalam pelbagai sudut seperti keadaan konkrit, simen, saiz besi dan sebagainya. Kedua Annexes B pula merujuk kepada kemasan dalaman dan kemasan luaran. Ianya merujuk kepada keadaan bangunan adakah ianya mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh seni bina. Perkara yang dinilai adalah sangat terperinci mengenai keadaan mozak, cat di pintu, dinding, atap, keadaan di ruang tamu dan lain-lain. Penilaian ini adalah untuk memastikan keadaan bangunan dalam keadaan baik dan sempurna. Bahagian ini adalah perkara yang paling ditekankan dalam pembinaan rumah. 

Seterusnya Annexes C pula merujuk kepada standard kualiti untuk kerja-kerja jurutera mekanikal dan elektrikal sesebuah bangunan. Penilaian ini adalah untuk memastikan semua peralatan mekanikal dan elektrikal dalam keadaan  baik seperti tingkap, kipas, lampu, pintu, penghawa dingin dan semua yang berkaitan dengan mekanikal. Hal ini untuk memastikan keselamatan dan semua peralatan boleh digunakan dengan baik. Annexes D pula menilai tentang hasil kerja yang berada di luar bangunan seperti kolam, pintu pagar, taman dan sebagainya. Annexes E adalah merujuk kepada keseluruhan dan menyemak dan membaik pulih kecacatan yang ada. 


Gambar 1: Menunjukkan gambar muka depan buku CIS7




Rujukan:
http://www.cidb.gov.my/cidbv4/images/pdf/cis7qlassicfinal.pdf

No comments:

Post a Comment