Monday, 20 June 2016

HPK2: PELAN LANTAI DAN "APAKAH ITU BERAPA KALI BERAPA"

HPK2: PELAN LANTAI RUMAH

Sebelum mengorak langkah lebih lanjut, seeloknya kita mengetahui terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pelan lantai. Pelan lantai merujuk kepada suatu lukisan atau lakaran yang dibuat oleh seseorang individu yang berkemahiran dalam mengambarkan setiap sudut ruangan yang terdapat dalam binaan misalnya rumah. Tujuan pelan lantai ini di reka adalah untuk memberikan penjelasan kepada pembeli berkenaan kedudukan sebenar bilik misalnya yang dipecahkan kepada beberapa sudut. Susun atur ruangan rumah memberi satu solusi untuk seorang pembeli membuat keputusan sama ada rumah tersebut bersesuaian dengan kehendak dan kemahuan pembeli tersebut atau sebaliknya.

Seterusnya, dalam task kali ini, kami akan membincangkan berkenaan apakah yang dimaksudkan dengan istilah “Berapa Kali Berapa”. Menurut sumber yang kami perolehi, dapatlah disimpulkan bahawa istilah yang dimaksudkan merujuk kepada keluasan sesebuah seni bina misalnya rumah dari segi panjang kali lebar unit inci. Mahupun begitu, antara keduanya didahului dengan ukuran panjang terlebih dahulu dan seterusnya diikuti dengan ukuran lebar (panjang x lebar).

Gambar di bawah merujuk kepada brochure atau pelan lantai yang kami pilih dalam kajian ini. menurut syarikat pemaju yang telah kami lawati, kami mendapati bahawa Syarikat Zuka Properties Sdn Bhd telah menawarkan rumah Malaysia yang bertaraf mampu milik  disediakan untuk rakyat Malaysia yang bumiputra khususnya. Sebelum itu, teringin untuk kami maklumkan bahawa Syarikat Zuka Properties ini terletak di area Serdang Selangor. Syarikat ini  merupakan nafas baru iaitu ditubuhkan pada tahun 2015 sebagai Syarikat Sendirian Berhad. Dalam menjalankan proses pembinaan, Zuka Properties menggunakan kaedah IBS atau dikenali dengan perkataan panjangnya Interlocking Bricks System And Industrial Building System.


Gambar 1: Merujuk kepada contoh pembiaan rumah dengan kaedah IBS atau dengan kata lainnya rumah pasang siap.

Sedikit imbasan berkenaan IBS, IBS sebenarnya merupakan suatu kaedah pembinaan yang baru yang mana kaedahnya adalah lebih menjimatkan tempoh masa dalam proses pembiaan suatu projek. Zuka Properties merupakan antara syarikat pemaju yang utama malaysia sebagai pengeluar atau menjadi pengedar sistem ini. Selain itu, antara info menarik yang kami dapati daripada syarikat ini adalah tanah yang digunakan untuk membuat binaan adalah 100% tanah hak milik bumiputra. Penggunaan IBS di dalam pembinaan rumah dapat mengurangkan kos dari segi harga bahan binaan dan tenaga pekerja. Malah IBS juga menjamin kualiti bangunan dan sentiasa mengikut piawaian. Ketahui dengan lebih lanjut berkenaan IBS boleh rujuk pada link berikut https://ibsfocus.my/ .



Gambar 2: merujuk kepada brochure pelan lantai rumah


Gambar 3: menunjukkan brochure rumah jenis Zuka Purnama


Gambar 4: menunjukkan bahagian hadapan rumah


Gambar 5: merujuk kepada gambaran dari sebelah sisi rumah


Seterusnya, meneliti kepada brochure yang telah kami pilih, dalam rumah mampu milik dibawah seliaan Zuka Propeties Sdn Bhd, saiz rumah atau keluasan rumah adalah 20’ x 50’ iaitu sesuai dengan harga yang ditawarkan iaitu RM 120,000. Didalam rumah tersebut telah disediakan beberapa ruang seperti kebiasaanya iaitu menyediakan 3 buah bilik tidur iaitu bilik utama kebiasaanya untuk pasangan suami isteri, manakala 2 bilik lagi adalah untuk bilik anak dan tetamu. Seterusnya, perkara penting yang perlu ada dalam sebuah rumah adalah bilik air sekurang- kurangnya 1 bilik air untuk sebuah rumah.

Selain itu, terdapat juga ruangan makan yang mana jika merujuk kepada pelan lantai diatas, ruang makan terletak dibahagian tengah rumah iaitu berhampiran dengan ruang keluarga atau dikenali sebagai ruang tamu. Manakala ruangan untuk memasak pula terletak di bahagian belakang rumah seperti kebiasaanya. Dan terakhir terdapat ruangan untuk meletak kenderaan dan ruangan balkoni yang setentang dengan ruang makan anda boleh saksikan melalui gambar sebelah sisi rumah.

Sebenarnya, pelan lantai yang kami pilih merupakan projek zuka properties yang telah dilaksanakan pada tahun lepas iaitu tahun 2015. Peluang untuk memiliki rumah ini adalah terhad kepada 100 orang penama sahaja. Semestinya pilihan rumah atau rekaan yang dikeluarkan oleh syarikat ini merupakan suatu seni bina yang berbentuk moden dan mengikut kehendak dan kemahuan pelanggan.

Tuntasnya, daripada ini kita dapat mengetahui apakah dia yang dimasudkan dengan berapa kali berapa dan juga tujuan plan lantai dibuat. Plan lantai rumah sangat penting bagi gambaran awal berkenaan dengan susun atur dalam dan luar rumah tersebut. Selain itu, ianya juga memudahkan pembeli untuk melihat dan memilih berkenaan dengan binaan dan reka bentuk rumah yang dikehendaki oleh pembeli tersebut. Terselit juga disini berkenaan dengan apakah yang dimaksudkan dengan proses pembinaan mengunakkan kaedah IBS. Diharap setakat ini ilmu yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada pembaca sekalian.



Rujukan:


1 comment: