Monday, 20 June 2016

KEROSAKAN BINAAN RUMAH YANG DIKAITKAN DENGAN CIS7

HPK 3: KEROSAKAN BINAAN RUMAH YANG DI KAITKAN DENGAN CIS7

Tatacara mengambil dan mendapatkan kunci merupakan perkara yang penting. Proses penyerahan dan penerimaan berlaku dengan kunci akan diserahkan setelah pembeli menyelesaikan kesemua tanggungan. Contohnya penukaran nama pada bil Syabas, TNB, Kutipan Sampah, penalti kelewatan bank dan sebagainya.  Pihak pemaju/wakil akan menunjukkan butiran di dalam rumah berada di dalam keadaan yang baik. Contoh, air, elektrik dan sekiranya lampu atau kipas disediakan, ia juga berfungsi dengan sempurna. Jika boleh, bawa bersama floor plan di dalam S&P supaya anda dapat memerhatikan jika ada sebarang perbezaan.
Seterusnya memeriksa kecacatan bangunan dengan cara menyemak defect atau kecacatan sebelum anda membuat sebarang renovation termasuklah minor renovation seperti pemasangan grill, penukaran lampu, kipas, dan lain-lain. Semasa sesi pemeriksaan rumah, bawa bersama sticker dan ditulis dengan nombor dan catatkan di dalam kertas supaya mudah pihak pemaju/wakil membuat kerja-kerja membaiki kecacatan. Anda boleh melaporkan kecacatan yang berulang kali sehinggalah tempoh Defect Liability Period/DLP (Tempoh tanggungan Kecacatan) tamat. Semak jika ada sebarang kaveat terhadap DLP tersebut. Contohnya pemaju tidak lagi menanggung kecacatan rumah sekiranya anda melakukan ubahsuai.
Pemeriksaan bangunan yang dijalankan memfokuskan kepada kerosakan dan kecacatan yang akan menimbulkan masalah pematuhan piawai dan membawa kesulitan kepada pembeli rumah dan penyenggaraan bangunan setelah projek diterima perlu dilakukan bagi memastikan rumah selamat didiami. Setelah melakukan pemeriksaan di bangunan kolej kediaman saya, saya dapat mengenalpasti jenis kecacatam seperti berikut :

Gambar 1: menunjukkan bahawa terdapat ruang yang ketara antara pintu dengan kerangka pintu


Kesalahan pintu ini diterangkan dalam CIS7,bahagian Quality Standards For Architectural Works in Annexe B part door fixtures(internal) tertulis bahawa piawai untuk rumah yang selamat diduduki adalah pintu yang mempunyai jarak dari pintu dan kerangka pintu yang sama/tidak senget. Selain itu, tidak mempunyai jarak yang terlalu nampak pada jarak pintu-kerangka pintu. Berdasarkan gambar diatas jelas menunjukkan rumah ini tidak menepati piawai dari CIS7.

 gambar 2: menunjukkan bahawa terdapat kerosakan pada syiling bilik

Siling yang bocor menyalahi piawaian daripada CIS7, bahagianQuality Standards For Architectural Works in Annexe B part ceiling fixtures(General requirements). Piawaian yang dinyatakan adalah siling seharusnya tidak mempunyai kerosakan yang ketara seperti retak, bocor dan sebagainya. Namun,siling pada bangunan ini mempunyai kebocoran yang jelas dan menunjukkan bangunan ini tidak menepati CIS7.

Kecacatan ketiga yang dikenalpasti ialah permukaan dinding mengalami keretakan. Definisi keretakan Retak pada permukaan atau pada sambungan tembok merupakan kecacatan yang paling lazim di alami dalam pembinaan tembok bata dan konkrit. Keretakan berpunca daripada beberapa kemungkinan seperti:-

1. Pengecutan dan pengembangan yang berlaku pada tembok kerana cuaca berubah.
2. Mendapan berlaku kerana beban binaan yang berlebihan atau kegagalan asasnya.
3. Kekurangan dalam rekabentuk seperti besi tetulang yang tidak mencukupi dan sebagainya.
4. Kesilapan dalam kerja dan pengawalan seperti bata tidak dibasahkan sebelum di ikat, pengawetan tidak dilakukan, bancuhan mortar tidak mengikut nisbah yang ditentukan dan sebagainya.
5. Bahan-bahan yang bermutu seperti pasir mengandungi kelodak berlebihan dan sebagainya.
Gambar 3: Menunjukkan bahawa terdapatnya keretakan pada dinding asrama blok Aspuri



Gambar ini juga menunjukkan keretakan pada dinding bangunan dan diklasifikasikan sebagai Annexes A di mana ia merujuk kepada kualiti mengenai keadaan bangunan dalam pelbagai sudut seperti keadaan konkrit, simen, saiz besi dan sebagainya.

Kesimpulannya, sebelum anda memasuki rumah baru, pastikan anda membuat pemeriksaan di setiap sudut rumah untuk mengenalpasti kecacatan yang berlaku di sekeliling rumah dan tanda menggunakan MASKING TAPE DAN MARKER PEN. Segala kecacatan ini adalah dalam tanggungjawab pemaju selagi belum tamat tempoh tanggungan kecacatan. Namun begitu, sekiranya anda melakukan perubahan/renovation dalam tempoh tanggungan kecacatan itu, tanggungjawab pemaju akan tamat.

No comments:

Post a Comment