HPK2: PELAN LANTAI RUMAH
Sebelum mengorak langkah lebih lanjut, seeloknya kita mengetahui
terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pelan lantai. Pelan lantai
merujuk kepada suatu lukisan atau lakaran yang dibuat oleh seseorang individu
yang berkemahiran dalam mengambarkan setiap sudut ruangan yang terdapat dalam binaan
misalnya rumah. Tujuan pelan lantai ini di reka adalah untuk memberikan
penjelasan kepada pembeli berkenaan kedudukan sebenar bilik misalnya yang
dipecahkan kepada beberapa sudut. Susun atur ruangan rumah memberi satu solusi
untuk seorang pembeli membuat keputusan sama ada rumah tersebut bersesuaian dengan
kehendak dan kemahuan pembeli tersebut atau sebaliknya.
Seterusnya, dalam task kali ini, kami akan membincangkan berkenaan apakah
yang dimaksudkan dengan istilah “Berapa Kali Berapa”. Menurut sumber yang kami
perolehi, dapatlah disimpulkan bahawa istilah yang dimaksudkan merujuk kepada
keluasan sesebuah seni bina misalnya rumah dari segi panjang kali lebar unit
inci. Mahupun begitu, antara keduanya didahului dengan ukuran panjang terlebih
dahulu dan seterusnya diikuti dengan ukuran lebar (panjang x lebar).
Gambar di bawah merujuk kepada brochure atau pelan lantai yang kami
pilih dalam kajian ini. menurut syarikat pemaju yang telah kami lawati, kami
mendapati bahawa Syarikat Zuka Properties Sdn Bhd telah menawarkan rumah Malaysia
yang bertaraf mampu milik disediakan untuk
rakyat Malaysia yang bumiputra khususnya. Sebelum itu, teringin untuk kami maklumkan
bahawa Syarikat Zuka Properties ini terletak di area Serdang Selangor. Syarikat
ini merupakan nafas baru iaitu
ditubuhkan pada tahun 2015 sebagai Syarikat Sendirian Berhad. Dalam menjalankan
proses pembinaan, Zuka Properties menggunakan kaedah IBS atau dikenali dengan
perkataan panjangnya Interlocking Bricks System And Industrial Building
System.
Gambar 1: Merujuk kepada contoh
pembiaan rumah dengan kaedah IBS atau dengan kata lainnya rumah pasang siap.
Sedikit imbasan berkenaan IBS, IBS sebenarnya merupakan suatu
kaedah pembinaan yang baru yang mana kaedahnya adalah lebih menjimatkan tempoh
masa dalam proses pembiaan suatu projek. Zuka Properties merupakan antara
syarikat pemaju yang utama malaysia sebagai pengeluar atau menjadi pengedar sistem
ini. Selain itu, antara info menarik yang kami dapati daripada syarikat ini adalah
tanah yang digunakan untuk membuat binaan adalah 100% tanah hak milik
bumiputra. Penggunaan IBS di dalam pembinaan
rumah dapat mengurangkan kos dari segi harga bahan binaan dan tenaga
pekerja. Malah IBS juga menjamin kualiti bangunan dan sentiasa mengikut piawaian. Ketahui
dengan lebih lanjut berkenaan IBS boleh rujuk pada link berikut https://ibsfocus.my/ .
Gambar 2: merujuk kepada brochure pelan lantai rumah
Gambar 3: menunjukkan brochure rumah jenis Zuka Purnama
Gambar 4: menunjukkan bahagian hadapan rumah
Gambar 5: merujuk kepada gambaran dari sebelah sisi rumah
Seterusnya, meneliti kepada brochure yang telah kami pilih, dalam
rumah mampu milik dibawah seliaan Zuka Propeties Sdn Bhd, saiz rumah atau
keluasan rumah adalah 20’ x 50’ iaitu sesuai dengan harga yang ditawarkan iaitu
RM 120,000. Didalam rumah tersebut telah disediakan beberapa ruang seperti
kebiasaanya iaitu menyediakan 3 buah bilik tidur iaitu bilik utama kebiasaanya
untuk pasangan suami isteri, manakala 2 bilik lagi adalah untuk bilik anak dan
tetamu. Seterusnya, perkara penting yang perlu ada dalam sebuah rumah adalah
bilik air sekurang- kurangnya 1 bilik air untuk sebuah rumah.
Selain itu, terdapat juga ruangan makan yang mana jika merujuk
kepada pelan lantai diatas, ruang makan terletak dibahagian tengah rumah iaitu
berhampiran dengan ruang keluarga atau dikenali sebagai ruang tamu. Manakala ruangan
untuk memasak pula terletak di bahagian belakang rumah seperti kebiasaanya. Dan
terakhir terdapat ruangan untuk meletak kenderaan dan ruangan balkoni yang
setentang dengan ruang makan anda boleh saksikan melalui gambar sebelah sisi
rumah.
Sebenarnya, pelan lantai yang kami pilih merupakan projek zuka
properties yang telah dilaksanakan pada tahun lepas iaitu tahun 2015. Peluang untuk
memiliki rumah ini adalah terhad kepada 100 orang penama sahaja. Semestinya pilihan
rumah atau rekaan yang dikeluarkan oleh syarikat ini merupakan suatu seni bina
yang berbentuk moden dan mengikut kehendak dan kemahuan pelanggan.
Tuntasnya, daripada ini kita dapat mengetahui apakah dia yang
dimasudkan dengan berapa kali berapa dan juga tujuan plan lantai dibuat.
Plan lantai rumah sangat penting bagi gambaran awal berkenaan dengan susun atur
dalam dan luar rumah tersebut. Selain itu, ianya juga memudahkan pembeli untuk
melihat dan memilih berkenaan dengan binaan dan reka bentuk rumah yang dikehendaki
oleh pembeli tersebut. Terselit juga disini berkenaan dengan apakah yang
dimaksudkan dengan proses pembinaan mengunakkan kaedah IBS. Diharap setakat ini
ilmu yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada pembaca sekalian.
Rujukan: